Jun 11, 2011 | | By: ikhwanzm

TERENGGANU JUARA PIALA FA 2011


Datuk M. Karathu, Jurulatih Kelantan

TERENGGANU keluar sebagai Juara Piala FA dengan gayanya yang tersendiri bila berjaya menundukkan Kelantan dengan 2-1 di perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Perlawanan yang penuh dramatik dihadapan 85,000 penonton membuktikan Terengganu sebagai salah sebuah pasukan elit yang berjaya buat kali kedua menjulang trofi tersebut setelah empat kali bermain di final.

Kelantan yang mendahului Terengganu dengan 1-0 diminit ke 79 menerusi jaringan Nurul Azwan menjelang tamat perlawanan 90 minit sudah bersedia untuk menjulang trofi FA dan meraikannya.........namun disaat-saat akhir masa kecedraan itu Terengganu berjaya mendapatkan gol penyamaan bila pertahanan Kelantan, Daudsu yang cuba untuk mengeluarkan bola sepakan penyerang Trengganu.......tertanduk masuk ke gawang sendiri. Jelas Daudsu kecewa dengan apa yang berlaku....

Bila kedua-dua pasukan terpaksa bermain dalam masa tambahan 30 minit.......Terengganu terus mengasak dan bermain bersungguh-sungguh untuk menang hinggalah di separuh masa kedua masa tambahan menjelang 10 minit wisel penamat akan ditiup..... mereka memperolehi gol yang membawa kepada kemenangan mutlak mereka menerusi pemain gantian, Nordin Alias yang berjaya melorongi bola melepasi Khairul Fahmi dan gemuruhlah sorakan para penyokong Terengganu.

Beberapa percubaan Kelantan untuk menyamakan kedudukan gagal membuahkan hasil bila penjaga gawang Trengganu senantiasa dapat menyelamatkan keadaan.

"Kami tidak mahu perlawanan ini berkesudahan dengan sepakan penalti.......itu sebab saya mahu pemain semua bermain sungguh-sungguh bagi mendapatkan kemenangan yang mutlak ini," ulas Jurulatih Trengganu, Irfan Bakti ketika ditemubual oleh TV 1.

Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong berkenan menyampaikan cenderamata kepada semua pemain dan Trofi Piala FA kepada Trengganu.
"Para pemain telah memberikan komitmen sebaiknya dan mengikut arahan saya
agar terus bermain bersungguh-sungguh hingga ke wisel penamat," kata
Irfan Bakti, Jurulatih Trengganu dalam temubual dengan TV 1 malam tadi.

Barisan pemain Skuad Kelantan

Barisan Pemain Skuad Trengganu

D' ARENA..............begitulah bolasepak bila disepak, apa jua keputusan boleh terjadi....

0 comments:

Post a Comment