Liga Perdana Inggeris kini sudah hampir ke penghujungnya dan Manchester United yang berbaki dua perlawanan lagi hanya perlu seri sahaja untuk dinobatkan sebagai juara buat kali yang ke 19.
Impian Arsenal yang berharap dapat menyaingi MU dalam persaingan musim ini hancur berkecai bila ditumpaskan oleh Stoke City dengan 1-3. Arsenal telah beberapa kali mendapat peluang untuk menyaingi dan memintas MU, namun setiap kali itu jugalah peluangnya terlepas.
Manchester United kini dapat memisahkan dirinya dari Chelsea dengan tiga mata bila menewaskan The Blues dengan 2-1 malam kelmarin. Berbaki dua perlawanan MU kini masih mengungguli carta liga dengan 73 mata dan Chelsea 70.
Lain-lain keputusan sepanjang minggu berlalu.........Liverpool membenam Fulham dengan 5-2 malam tadi dan Dalglish kini mengharapkan barisannya memberi fokus kepada dua baki perlawanan untuk menduduki tangga ke 5.
Sebelum itu, Wolves menewaskan West Brom dengan 3-1. Aston Villa seri 1-1 dengan Wigan. Bolton tewas 1-2 dengan Sunderland manakala Everton pula menumpaskan Manchester City dengan 2-1.
Dua lagi kelab yang seri 1-1 ialah West Ham dengan Blackburn dan Tottenham Hotspurs dengan Blackpool.
Awal pagi Rabu ini, Manchester City akan menerima kunjungan Tottenham. Carta Liga Perdana Inggeris yang terkini sweperti di bawah:-

D' ARENA.........semakin hampir ke penghujung.....semakin rancak.....
0 comments:
Post a Comment