AWAL PAGI NANTI........akan berlangsung pertembungan dua gergasi bolasepak eropah yang masing-masing memburu gelaran ke 4 Liga Juara-Juara 2011.
Siapakah yang akan dinobatkan menjuarai kejohanan itu - Manchester United atau Barcelona - yang kini mempunyai rekod 3 kali menang dan 4 kali seri bagi kedua-dua pasukan tersebut.
Mampukah penyerang licik Barcelona - Messi - merobek barisan pertahanan MU dan menggegarkan gawang lawannya itu ATAU berjayakah Chicharito Harnandez merapuhkan pertahanan Barca dan membolosi gawang lawannya?
Kedua-dua pasukan itu sudah tentu telah membuat persiapan rapi menerusi pengurus masing-masing dan pelbagai strategi dan taktik telah disematkan kepada para pemainnya.
Apakah Pep Guardiola yang berusia 40 tahun mampu membawa pasukannya menjulang piala itu buat kali ke 4 berbanding Alex Ferguson yang berusia 69 tahun juga mempunyai impian yang sama?
Rekod juga menunjukkan Barcelona pernah 3 kali menjadi naib juara berbanding MU satu kali.
Manchester United menjulang trofi Liga Juara-Juara pada tahun 1968 mengalahkan Benfica 4-1 di Wembley, London. Pada tahun 1999 mengalahkan Bayern Munich dengan 2-1 di Nou Camp, Barcelona dan pada tahun 2008 menewaskan Chelsea dengan sepakan penalti 6-5 setelah terikat 1-1 di Luzhniki, Moscow.
Manakala Barcelona pula muncul sebagai juara pada tahun 1992 dengan mengalahkan Sampdoria 1-0 di Wembley London, kemudian pada tahun 2006 menewaskan Arsenal dengan 2-1 di Stade de France, Paris dan menjuarainya buat kali ketiga pada tahun 2009 dengan menundukkan Manchester United 2-0 di Stadio Olimpico, Rome.
Masing-masing pernah bermain dan menang di Stadium Wembley, London dan kali ini mereka akan bertgembung di stadium tersebut bagi menentukan siapa muncul sebagai juara kali ke 4.
Manchester United tentunya merasakan bermain ditempat sendiri mempunyai kelebihan dan Barcelona sebagai pelawat tentunya mempunyai misi tersendiri untuk bergelar juara.........
D' ARENA.............bersama penonton hingga ke wisel penamat.....
0 comments:
Post a Comment