DATUK MISBUN SIDEK mengambil keputusan kembali ke Kem Badminton Negara untuk meneruskan professionnya sebagai jurulatih perseorangan badminton negara. Ini sekaligus menamatkan kemelut mengapa Misbun meletakkan jawatannya sebelum ini dengan BAM.
Ketika melepaskan jawatan itu dahulu, Misbun dilaporkan pernah meninggalkan pesan kepada Lee Chong Wei supaya pandai-pandai menjaga diri. Tiga bulan Misbun tiada disamping Lee Chong Wei sebagai jurulatih.
Pesanan itu telah dijadikan "azimat" oleh Lee Chong Wei dalam mengharungi tiga kejohanan tanpa Misbun.........dan ia membuahkan hasil yang positif dengan kemenangan.
Kini bila Misbun kembali ke kem, Lee Chong Wei dilaporkan oleh media sebagai berkata: "Saya mampu berdikari dan belajar sendiri biarpun ketiadaan Datuk Misbun Sidek."
Ini membuktikan Lee Chong Wei sudah mempunyai keyakinan diri yang lebih mantap selari dengan corak permainannya yang mampu berubah mengikut rentak permainan lawan.
Chong Wei juga sudah mula membayangkan akan mengikut jejak langkah Wong Meng Choo, pemain perseorangan wanita negara yang mengumumkan prsaraannya kelmarin. Jejak itu akan dituruti oleh Chong Wei selepas Sukan Olimpik London tahun depan. Bayangan Chong Wei ini patut dilihat secara positif bila beliau juga berharap agar Misbun dapat menyediakan barisan pelapis bagi menggantikan tempatnya kelak.
Jadi dengan kembalinya Misbun, beliau mempunyai tanggongjawab besar untuk melahirkan seberapa ramai yang boleh perseorangan lelaki yang boleh mengikut jejak Lee Chong Wei - punya disiplin, keyakinan diri, daya saing dan daya juang yang tinggi serta tidak mudah menyerah kalah dan putus asa.
Jika ini mampu digalas dan Misbun berjaya menjelmakan pemain-pemain perseorangan sebagaimana yang digambarkan itu.........sudah tentu jasanya kepada negara tidak akan mudah dilupai dari satu generasi ke satu generasi.
D' ARENA...........percaya Misbun boleh melakukannya jika itu keputusan yang diambilnya...

0 comments:
Post a Comment