Apr 16, 2011 | | By: ikhwanzm

SEPARUH AKHIR PERTAMA LIGA JUARA-JUARA


FC Barcelona
BARCELONA yang dulunya berada di ranking ke 2 UEFA, kini berada di ranking pertama, bertembung dengan Real Madrid dalam separuh akhir pertama Liga Juara Juara pada 27 April ini sebelum pertemuan kedua pada 3/4 Mei depan bagi mempastikan tempat di puncak perlawanan akhir pada 28 Mei.

Pertemuan kedua-dua gergasi bolasepak Sepanyol ini sudah pasti terpaksa menyingkirkan salah satu darinya. Menjelang pertemuan ini, kedua-dua pasukan telah memperlihatkan kempen psikologi yang sihat.

Barcelona telah melahirkan Lionel Messi sebagai penjaring pertama menjaringkan 50 gol semusim dalam Liga Sepanyaol manakala Real Madrid menerusi Ronaldo meranapkan impian Barcelona menggapai tiga kejuaraan bila menang 1-0 dalam final Piala Raja Sepanyol.


Manchester United FC

MANCHESTER UNITED yang pernah menduduki di ranking pertama UEFA pula kini di ranking ke 3 akan bertemu sebuah pasukan dari Jerman - Schalke 04 - yang mengejutkan banyak pasukan lain bila berjaya sampai ke separuh akhir ini.

Manchester United juga mengalami nasib yang sama seperti Barcelona apabila impiannya untuk meraih tiga kejuaraan musim ini bagi mengulangi kejayaannya pada tahun 1999 diranapkan oleh Manchester City dengan 0-1 di separuh akhir Piala FA.

Pengurus MU telah menyaksikan permainan Schalke O4 ketika menumpaskan Inter Milan dengan jaringan yang besar. Inter Milan terpasksa tunduk. Apakah pemain-pemain MU mampu mengekang serangan Schalke 04 nanti? Tentunya menarik sekali....




Real Madrid CF

REAL MADRID yang pernah berada di ranking ke 7 UEFA, kini menduduki ranking ke 2 terpaksa bertemu rakan senegara - Barcelona - di peringkat separuh akhir ini bagi mendapatkan tiket ke perlawanan akhir. Dalam perlawanan serupa ini, misi utama setiap pasukan ialah untuk mencapai kemenangan.

Jika Barcelona berbangga dengan pemain-pemainnya seperti Messi, Xavi, Iniesta dan beberapa lagi, Real Madrid juga tidak ketinggalan dengan bintang-bintang mereka seperti Ronaldo, Carvalho, Higuain, Kaka dan tidak ketinggalan Casillas di gawang golnya.

Real Madrid ketika ini di tangga kedua Liga Sepanyol dengan tiga mata dipisahkan oleh pendahulunya Barcelona.

FC Schalke 04

FC SCHALKE 04 dari Jerman tiba-tiba mencipta nama dan melakar sejarah dalam Liga Juara-Juara kali ini bila berjaya sampai ke garisan separuh akhir untuk bertemu dengan Manchester United.

Schalke 04 hanyalah sebuah pasukan di ranking ke 23 UEFA naik lima anak tangga dari ranking terdahulu, tetapi dengan semangat juang yang tinggi dan bermain sebagai satu team........pasukan ini telah berjaya melepasi halangan demi halangan yang dihadapinya.

Kemampuan pasukan ranking ke 28 ini menumpaskan Inter Milan yang menduduki ranking ke 8 di dua pusingan suku akhir tentunya membakar semangatnya untuk mencipta sejarah Liga Juara Juara kali ini untuk sampai ke akhir dan menjulang piala tersebut.

Mampukah Schalke 04 yang mempunyai Raul dan rakan-rakannya menggempur dan menggegarkan jaring gawang MU?............sama-samalah kita menyaksikannya .......

D' ARENA.............lebih menarik jika ada kejutan juga supaya ramai terkejut....

FC Barcelona

0 comments:

Post a Comment