REAL MADRID MENANG BESAR malam tadi (awal pagi ini Malaysia) bila berjaya menumbangkan Tottenham Hotspurs dengan 4 - 0 digelanggang sendiri dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara.
 |
Very early bath: Crouch (2nd left) is giving his marching orders in Madrid
|
Emmanuel Adebayor menjaringkan gol pertama Real Madrid di minit ke 4 dan selepas itu menyaksikan Tottenham Hotspurs terpaksa bermain dengan sepuluh pemain bila Peter Crouch yang menerima dua kad kuning setelah permainan berlangsung 15 minit ditunjukkan kad merah oleh pengadil.
Usaha berkubu ditempat sendiri apabila diserang oleh Real Madrid gagal untuk membolehkan Tottenham bertahan, sebaliknya Adebayor berjaya menanduk masuk gol keduanya diminit ke 57 diikuti oleh Angel Di Maria menjaringkan gol ketiga diminit ke 72 dan gol keempat oleh Cristiano Ronaldo.
 |
World class: Di Maria (floor) celebrates scoring Madrid's third
|
Dengan berbekalkan 4-0, Real Madrid dijangka selesa bila berkunjung ke White Hart Lane seminggu dari sekarang.
Sementara itu, Inter Milan yang dianggap pasukan favourite untuk brsama Real Madrid ke pusingan kedua dengan kemenangan dikejutkan dengan kekalahan ditangan Shalke 04 dengan 2-5.
Mampukah Inter Milan bangkit dari kekalahan ini bila berkunjung ke tempat lawan seminggu dari sekarang?
D' ARENA...........melaporkan keputusan awal permainan....
0 comments:
Post a Comment