Apr 27, 2011 | | By: DeArena

SCHALKE 04 0 - 2 MANCHESTER UNITED

MANCHESTER UNITED berjaya mengekang serangan-serangan Schalke 04 dari Jerman dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara malam tadi (awal pagi di sini) dan berjaya menembusi barisan pertahanan Schalke untuk menang 2-0.

Babak separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 0-0 walaupun kubu Schalke sering ditembusi oleh MU, tetapi orang terakhir di kubu itu, Never banyak bertindak menyelamatkan gawangnya.
Wayne Rooney (centre) hits a first-time shot past Manuel Neur to score Manchester United's second goal
Sebaik sahaja wisel separuh masa kedua ditiup, MU mula melancarkan serangan demi serangan ke kubu Schalke dan diminit ke 67, Giggs yang menerima hantaran dari Rooney tanpa dikawal disebelah kiri gawang gol berjaya melorongkan bola dicelah kaki Never untuk gol pertama MU.

Dengan gol semangat itu, MU terus mengasak kubu pertahanan Schalke dan dua minit kemudian, Rooney pula dapat meloloskan diri ditempat Giggs menjaringkan gol dan meleretkan bola di bawah jangkaun Never.

Job done: Manchester United celebrate Wayne Rooney's goal that clinched the victory
Pada keseluruhannya permainan berpihak kepada MU dan Raul nampaknya tenggelam dalam perlawanan pertama ini. Namun begitu, Never banyak menyelamatkan Schalke dari menerima kekalahan teruk.

Sementara itu, Barcelona dan Real Madrid akan bertemu malam esok untuk satu lagi perlawanan separuh akhir pusingan pertama Liga Juara-Juara ini.


D' ARENA...............menunggu 90 minit terakhir di pusingan kedua....

0 comments:

Post a Comment