FRANKFURT, Jerman - JEPUN MUNCUL JUARA BOLASEPAK DUNIA FIFA 2011 APABILA MENUMBANGKAN USA DENGAN 3-1 MENERUSI SEPANKAN PENALTI SETELAH KEDUA DUA PASUKAN TERIKAT 2-2 DALAM PERSAINGAN 120 MINIT AWAL PAGI INI (waktu Malaysia).
Kejayaan Jepun itu serentak dengan masa mula terbitnya matahari di negaranya yang terkenal sebagai "negara matahari terbit".
Ini juga membuktikan Jepun sebagai gergasi bolasepak wanita di rantau Asia yang berjaya melakar sejarah manis itu.
Kedua-dua pasukan saling menyerang antara satu sama lain bila dapat menguasai bola dan beberapa percubaan Wambach dan Chenney diseparuh masa pertama terhalang dek palang gol dan ketangkasan penjaga gol Jepun Ayumi Kaihori.
Kedua-dua pasukan terikat 0-0 diseparuh masa pertama.
Bila separuh masa kedua bermula, Chenney telah digantikan dengan Morgan dan permainan USA agak rancak dengan kemasukan pemain ini hingga mencemaskan pintu gol Jepun diminit ke 48 dan minit ke 51.
Beberapa tandukan Wambach juga gagal memolosi gawang Jepun hinggalah di minit ke 69 apabila Morgan mendapat hantaran bola dari luar kota penaltinya berjaya melepasi benteng pertahanan Jepun bagi menjaringkan gol pertamanya.
USA seolah-olah mendapat suntikan semangat dengan gol itu dan cuba melancarkan serangan demi serangan, namun tidak kesampaian. Sebaliknya, Jepun nyang tidak panik dengan gol awal USA itu terus memperlihatkan permainan yang konsisten dan akhirnya di minit ke 81 Aya Miyama berjaya menyamakan kedudukan hingga wisel penamat berbunyi.
Sebaik separuh masa pertama masa tambahan bermula, USA melancarkan serangan demi serangan menerusi Wambach dan Morgan hinggalah ke minit 104 Wambach yang berada dalam kotak penalti mendapat hantaran dari sebelah kanan gol Jepun lalu menanduk masuk bola itu mencecah jaring.
Jepun yang tidak kenal erti putus asa terus bermain dalam rentak yang sama hinggal diminit ke 117 hasil dari satu sepakan sudut, Homare Sawa berjaya mengetis bola itu masuk ke gawang gol USA tanpa dapat ditampan oleh Solo.
Kejayaan Jepun menyamakan keududkan 2-2 itu amat menggembirakan para pegawai dan penyokong Jepun yang turut sama dikalangan 48,800 penonton yang menyaksikannya.
Kemuncaknya.........apabila penentuan dibuat melalui sepakan penalti, Ayumi Kaihora berjaya menyelamatkan sepakan pertama USA apabila bola dapat dihalang dengan kakinya ketika kerebahkan badan ke arah kiri gol. Jepun mendahului 1-0 dengan sepakan pertamanya.
USA sekali lagi malang bila sepakan keduanya melepasi palang gol diikuti sepakan kedua Jepun juga ditampan oleh penjaga gol USA, Hope Solo. Sepakan ketiga USA juga tidak masuk bila bola berjaya ditampan oleh Kaihori dan sepakan ketiga Jepun menjadikan kedudukan 2-0.
Wambach yang mengambil sepakan keempat USA berjaya menjaringkan gol, tetapi sudah terlambat untuk bangkit bila Jepun juga berjaya dalam sepakan keempatnya.
Perlawanan yang penuh dramatik itu pada keseluruhannya dikuasai oleh Jepun 53 peratus dan USA 47 peratus.
USA yang menaruh impian untuk menjulang trofi itu buat kali ketiga selepas 1999 pulang hampa dan Jepun yang julung-julung kali keluar sebagai juara sudah tentu akan menaikkan semangat negara Asia lain seperti Korea dan lain-lainnya.
D' ARENA...............bangga dengan corak permainan Jepun yang turut menerima anugerah Fair Play dan Golden Ball oleh Homare Sawa selain Silver Boot untuk dirinya.