PERTEMBUNGAN DUA BENUA - ASIA DAN AMERIKA - BILA JEPUN MENENTANG USA DALAM PERLAWANAN AKHIR BOLASEPAK WANITA DUNIA FIFA 2011 DI FRANKFURT, JERMAN PADA HUJUNG MINGGU INI.
BOLASEPAK DUNIA WANITA FIFA KALI INI TELAH DILANGSUNGKAN DI BEBERAPA BUAH STADIUM DI JERMAN DAN STADIUM DI FRANKFURT AKAN MENENTUKAN SIAPA YANG BAKAL DINOBATKAN SEBAGAI JUARA BOLASEPAK WANITA KALI INI.
JEPUN, SATU-SATUNYA NEGARA DARI BENUA ASIA YANG LAYAK KE AKHIR TELAH MEMPERLIHATKAN SATU CORAK PERMAINAN YANG CEMERLANG DALAM KEJOHANAN KALI INI DIMANA IA TIDAK PERNAH KALAH DALAM SETIAP PERLAWANAN DALAM KUMPULANNYA.
Ini termasuklah keupayaannya menundukkan juara dua kali - Jerman - dengan jaringan 1-0 diperingkat suku akhir manakala USA pula menumpaskan Peranchis dengan keputusan 3-1 di separuh akhir.
Mampukah Jepun dengan kombinasi dan komitmen yang baik di kalangan para pemainnya menggempur pertahanan USA hingga ke gawang gol yang dijaga oleh Solo, dimana setakat ini dianggap sebagai penjaga gol terbaik kejohanan kali ini?
Dengan pemain-pemain yang lincah seperti Ohno, Miyama, Kozue Ando, Homare Sawa, Nagasato, Kawasumi dan lain-lainnya seperti yang ditunjukkan sebelum ini dengan semangat juang yang tinggi dan jatidiri yang teguh, tidak mustahil negara matahari terbit ini boleh menjulang Piala Dunia FIFA 2011.
Namun begitu, USA juga mengidam untuk dinobatkan sebagai juara yang tersisih sejak 1999 sudah tentu turun dengan tubuh badan yang sasa berbanding Jepun dengan antara pemainnya Cristiane, Marta, Fabiana, Rosana dan penjaga gawangnya Hope Solo.
Dengan ketinggian yang berbeza antara dua benua ini, sudah tentu jurulatih Jepun mempunyai strategi dan taktik yang mampu merobek benteng kethanan USA.
Sementara itu, penentuan tempat ketiga antara Peranchis dengan Sweden juga akan diadakan hujung minggu ini sebelum final dilangsungkan.
D' ARENA................ingin melihat kelincahan sang kerdil dari Asia....
0 comments:
Post a Comment