MALAYSIA melayakkan diri ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 walaupun tewas 2-3 dengan Chinese Taipei dalam perlawanan timbal balik di Taiwan malam ini yang mana keputusan secara aggregetnya seri 4-4.
Walaupun keputusan penuh 180 minit perlawanan berkesudahan seri 4-4, Malaysia layak disebabkan menjaringkan 2 gol ditempat lawan berbanding Chinese Taipei 1 ketika perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil tempuh hari.
Ini merupakan kekalahan pertama pasukan Harimau Malaya selepas menjuarai Piala AFF Suzuki dan layaknya Malaysia ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 ini menamatkan badi 34 tahun gagal meloloskan diri dalam pusingan kedua kelayakan kejohanan itu.
Ketika bermain di Taiwan malam ini, Malaysia mendahului 1-0 diminit ke 7 melalui pemain memakai jersi no 7, Mohd Aidil yang merembat masuk sepakan percuma dari luar kotak penalti. Rembatan tersebut yang mengenai bahagian bawah palang gol Chinese Taipei terus menjunam ke dalam gawang tanpa dapat diselamatkan oleh penjaga gol.
Gol kedua Malaysia dijaringkan oleh Ketua Pasukan, Safiq Rahim yang memakai jersi no 8 hasil sepakan terus ke penjuru kiri gawang gol Chinise Taipei dari satu sepakan percuma sebelah kanan luar kotak penalti, juga gagal diselamatkan.
Chinese Taipei yang turun dengan corak menyerang dan berbeza dengan permainan di Kuala Lumpur tidak putus asa dan akhirnya dapat gol pertama diminit ke 30 menerusi Chang Han dalam keadaan kelamkabut di depan gawang Malaysia.
Gol itu telah menaikkan semangat Chinese Taipei dan mengasak kubu pertahanan Malaysia hingga beroleh sepakan penalti dalam minit ke 43 apabila pemainnya dijatuhkan dalam kotak penalti.
Diminit ke 61, Chinese Taipei sekali lagi mendapat sepakan penalti apabila pemain Malaysia menarik baju pemain Chinese Taipei lalu terjatuh. Penjaga gol Malaysia berjaya menyelamatkan sepakan itu......namun asakan dan serangan bertaliarus terus dilakukan oleh Chinese Taipei hinggalah mendapat satu lagi sepakan penalti diminit ke 74 bila penjaga gol Malaysia dikatakan menjatuhkan pemain lawan.
Chinese Taipei terus memberi tekanan dengan serangan disemua sudut bagi mempastikan mereka menang, namun penjaga gol Malaysia patut dipuji kerana banyak menyelamatkan gawangnya dari dibolosi.
Malaysia juga beroleh beberapa peluang menjaringkan gol, namun penyudah yang tidak kesampaian hingga wisel penamat menjadikan Malaysia tewas 2-3, namun layak walaupun seri pada keseluruhannnya kerana kelebihan gol ditempat lawan.
MALAYSIA akan bertemu Singapura dalam pusingan kedua kelayakan ini pada 23 Julai dan kelemahan-kelemahan yang ada seperti memberi ruang dan peluang pihak lawan mengawal bola di kawasan sendiri perlu diatasi dan tidak membiarkan pemain lawan bebeas bergerak dikawasan Malaysia.
D' ARENA...........percaya semangat yang tinggi dikalangan pemain mampu melakar sejarah baru bolasepak negara....
0 comments:
Post a Comment