JERMAN - JEPUN satu-satunya pasukan dari benua Asia berjaya ke Final Kejohanan Bolasepak Piala Dunia Wanita FIFA 2011 buat kali pertama setelah berjaya menundukkan Sweden dengan 3-1 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir di sini awal pagi ini (waktu Malaysia).
Dengan ini Jepun dari benua Asia akan bertemu dengan Amerika juga kali pertama sejak 1999 dari benua tersebut di peringkat akhir nanti.
Jepun telah memperlihatkan permainan yang konsisten dari awal minit perlawanan dengan kerajinan mengejar bola dan mengawal pergerakan lawan.
Namun perbezaan fisikal pemain antara kedua pasukan, membolehkan Sweden mendapatkan gol pertamanya diminit ke 10 menerusi Josephine Oqvist. Jepun yang tidak luntur semangat
dengan gol awal Sweden itu terus mengasak dan hasil kombinasi dan persefahanan
para pemainnnya, Jepun berjaya mendapatkan gol penyamaan diminit ke 19
menerusi Kawa Sumi dan kedudukan itu kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Sebaik sahaja perlawanan babak kedua bermula, Jepun terus melancarkan serangan demi serangan dan akhirnya berjaya mendapatkan gol kedua diminit ke 60 menerusi Homare Sawa.
Malang terus menimpa Sweden bila Jepun meledak jaringan ketiganya diminit ke 64 menerusi Kawa Sumi dari luar kotak penalti.
D' ARENA...........melihat para pemain Jepun yang punya jatidiri yang kuat dalam mengharungi perlawanan itu,,,
perlawanan tersebut .....
0 comments:
Post a Comment