Jul 14, 2011 | | By: ikhwanzm

AMERIKA KE FINAL PIALA DUNIA WANITA 2011


JERMAN - Amerika berjaya menempah tiket ke final Kejohanan Bolasepak Piala Dunia Wanita FIFA apabila menundukkan Peranchis dengan 3-1 di sini tengah malam tadi (waktu Malaysia) dengan bergaya.

Kedua-dua pasukan memulakan serangan sebaik sahaja wisel permainan dibunyikan.
Amerika berjaya mendapat gol sulungnya diminit ke 9 menerusi pemainnya Chenney dan kedua-dua pasukan sering bertaliarus melancarkan serangan selepas itu,
walaupun Amerika dilihat lebih gagah dari Peranchis.

Peranchis mendapat beberapa peluang menjaringkan gol, tetapi terkena palang atau dapat
diselamatkan oleh Solo, penjaga gawang Amerika.

Kedudukan kekal berpihak pada Amerika 1-0 apabila permainan separuh masa pertama ditamatkan.

Peranchis dapat menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke 55 iaitu serangan demi serangan yang dilakukan sebaik babak separuh masa kedua bermula. Gol tersebut hasil sepakan Bompaster dari luar kota penalti sebelah kiri yang melambungkan bola tinggi
dan kelihatan seolah-olah di tanduk oleh Thiney, namun tidak kena lalu tidak dapat
dijangkau oleh Solo.

Seminit kemudian Peranchis hampir menjaringkan gol keduanya, namun penyudahan yang lemah menghampakan.

Amerika mendapat gol keduanya dari tandukan Wambach hasil dari satu tendangan sudut yang diambil oleh Cheney di minit ke 79 dan satu rembatan Morgan dari luar kotak penalti pada minit ke 82.



D' ARENA ...........ternyata Amerika begitu kebal bagi Peranchis....

0 comments:

Post a Comment