ESOK 3 JULAI 2011 merupakan hari penentuan siapa yang layak mengharungi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 bagi Zon Asia yang melibatkan perlawanan timbal balik pusingan pertama bagi 16 pasukan, termasuk Malaysia.
Malaysia yang berbekalkan kemenangan 2-1 ke atas Chinese Taipei di Bukit Jalil beberapa hari lalu, kini bertandang ke Taiwan bagi meneruskan perjuangannya dan Chinese Taipei akan mengambil kesempatan bermain di gelanggang sendiri untuk menggempur Malaysia habis-habisan.
Lain-lain perlawanan pada hari esok ialah Bangladesh bertemu Pakistan. Dalam perlawanan pertama Bangladesh menang 3-0. Laos yang kalah 2-4 pula akan bertemu Kemboja dan Sri Lanka yang terikat 1-1 bertemu Filipina.
Negara bergolak peperangan Palestin pula akan bertemu Afghanistan. Palestin menang 2-0 dalam perlawanan pertama tempoh hari. Vietnam yang menang besar 6-0 ke atas Macau turut bermain esok.
Nepal yang menang 2-1 ke atas Timur Timor turut mencari peluang untuk meneruskan kemaraan, begitu juga dengan Mongolia yang menang 1-0 ke atas Myanmar.
Pemain-pemain Malaysia sudah tentu akan turun habis-habisan sehingga wisel penamat dibunyikan bagi mencari tambahan gol dan mempertahankan gawang golnya dari dibolosi oleh Taiwan esok.
Jurulatih Malaysia, Rajagobal sudah tentu mengatur strategi baru bagi memperkemaskan jentera pasukannya selepas perlawanan pertama dan Malaysia hanya ada satu pilihan sahaja esok iaitu mencari kemenangan.
D' ARENA...........semuanya bergantung kepada komitmen sepasukan esok....
0 comments:
Post a Comment