Jul 21, 2011 | 0 comments | By: DeArena

FINAL - URUGUAY LAWAN PARAGUAY

MENDOZA, Argentina:- Paraguay yang menang dengan sepakan penalti 5-3 ke atas Venenzula pagi ini (waktu Malaysia) akan bertemu Uruguay di Final Copa America 2011 Ahad nanti.

Kedua-dua pasukan terikat O-O dalam permainan selama 120 minit yang berlangsung di sini.

Banyak up-set berlaku dalam kejohanan kali ini yang menyaksikan Argentina dan Brazil tersingkir untuk berada di pentas final.

Uruguay telah mmenempah tiket awalnya ke final kelmarin bila menundukkan Peru dengan 2-0.


D' ARENA...........ada masa menonton perlawanan di Copa ini hilang mood......
Jul 18, 2011 | 0 comments | By: DeArena

JEPUN JUARA PIALA DUNIA WANITA 2011

FRANKFURT, Jerman - JEPUN MUNCUL JUARA BOLASEPAK DUNIA FIFA 2011 APABILA MENUMBANGKAN USA DENGAN 3-1 MENERUSI SEPANKAN PENALTI SETELAH KEDUA DUA PASUKAN TERIKAT 2-2 DALAM PERSAINGAN 120 MINIT AWAL PAGI INI (waktu Malaysia).

Kejayaan Jepun itu serentak dengan masa mula terbitnya matahari di negaranya yang terkenal sebagai "negara matahari terbit".

Ini juga membuktikan Jepun sebagai gergasi bolasepak wanita di rantau Asia yang berjaya melakar sejarah manis itu.

Kedua-dua pasukan saling menyerang antara satu sama lain bila dapat menguasai bola dan beberapa percubaan Wambach dan Chenney diseparuh masa pertama terhalang dek palang gol dan ketangkasan penjaga gol Jepun Ayumi Kaihori.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 diseparuh masa pertama.

Bila separuh masa kedua bermula, Chenney telah digantikan dengan Morgan dan permainan USA agak rancak dengan kemasukan pemain ini hingga mencemaskan pintu gol Jepun diminit ke 48 dan minit ke 51.

Beberapa tandukan Wambach juga gagal memolosi gawang Jepun hinggalah di minit ke 69 apabila Morgan mendapat hantaran bola dari luar kota penaltinya berjaya melepasi benteng pertahanan Jepun bagi menjaringkan gol pertamanya.

USA seolah-olah mendapat suntikan semangat dengan gol itu dan cuba melancarkan serangan demi serangan, namun tidak kesampaian. Sebaliknya, Jepun nyang tidak panik dengan gol awal USA itu terus memperlihatkan permainan yang konsisten dan akhirnya di minit ke 81 Aya Miyama berjaya menyamakan kedudukan hingga wisel penamat berbunyi.

Sebaik separuh masa pertama masa tambahan bermula, USA melancarkan serangan demi serangan menerusi Wambach dan Morgan hinggalah ke minit 104 Wambach yang berada dalam kotak penalti mendapat hantaran dari sebelah kanan gol Jepun lalu menanduk masuk bola itu mencecah jaring.

Jepun yang tidak kenal erti putus asa terus bermain dalam rentak yang sama hinggal diminit ke 117 hasil dari satu sepakan sudut, Homare Sawa berjaya mengetis bola itu masuk ke gawang gol USA tanpa dapat ditampan oleh Solo.

Kejayaan Jepun menyamakan keududkan 2-2 itu amat menggembirakan para pegawai dan penyokong Jepun yang turut sama dikalangan 48,800 penonton yang menyaksikannya.

Kemuncaknya.........apabila penentuan dibuat melalui sepakan penalti, Ayumi Kaihora berjaya menyelamatkan sepakan pertama USA apabila bola dapat dihalang dengan kakinya ketika kerebahkan badan ke arah kiri gol. Jepun mendahului 1-0 dengan sepakan pertamanya.

USA sekali lagi malang bila sepakan keduanya melepasi palang gol diikuti sepakan kedua Jepun juga ditampan oleh penjaga gol USA, Hope Solo. Sepakan ketiga USA juga tidak masuk bila bola berjaya ditampan oleh Kaihori dan sepakan ketiga Jepun menjadikan kedudukan 2-0.

Wambach yang mengambil sepakan keempat USA berjaya menjaringkan gol, tetapi sudah terlambat untuk bangkit bila Jepun juga berjaya dalam sepakan keempatnya.

Perlawanan yang penuh dramatik itu pada keseluruhannya dikuasai oleh Jepun 53 peratus dan USA 47 peratus.

USA yang menaruh impian untuk menjulang trofi itu buat kali ketiga selepas 1999 pulang hampa dan Jepun yang julung-julung kali keluar sebagai juara sudah tentu akan menaikkan semangat negara Asia lain seperti Korea dan lain-lainnya.


D' ARENA...............bangga dengan corak permainan Jepun yang turut menerima anugerah Fair Play dan Golden Ball oleh Homare Sawa selain Silver Boot untuk dirinya.
Jul 15, 2011 | 0 comments | By: DeArena

FINAL: JEPUN lwn USA HUJUNG MINGGU INI

PERTEMBUNGAN DUA BENUA - ASIA DAN AMERIKA - BILA JEPUN MENENTANG USA DALAM PERLAWANAN AKHIR BOLASEPAK WANITA DUNIA FIFA 2011 DI FRANKFURT, JERMAN PADA HUJUNG MINGGU INI.

BOLASEPAK DUNIA WANITA FIFA KALI INI TELAH DILANGSUNGKAN DI BEBERAPA BUAH STADIUM DI JERMAN DAN STADIUM DI FRANKFURT AKAN MENENTUKAN SIAPA YANG BAKAL DINOBATKAN SEBAGAI JUARA BOLASEPAK WANITA KALI INI.

JEPUN, SATU-SATUNYA NEGARA DARI BENUA ASIA YANG LAYAK KE AKHIR TELAH MEMPERLIHATKAN SATU CORAK PERMAINAN YANG CEMERLANG DALAM KEJOHANAN KALI INI DIMANA IA TIDAK PERNAH KALAH DALAM SETIAP PERLAWANAN DALAM KUMPULANNYA.

Ini termasuklah keupayaannya menundukkan juara dua kali - Jerman - dengan jaringan 1-0 diperingkat suku akhir manakala USA pula menumpaskan Peranchis dengan keputusan 3-1 di separuh akhir.

Mampukah Jepun dengan kombinasi dan komitmen yang baik di kalangan para pemainnya menggempur pertahanan USA hingga ke gawang gol yang dijaga oleh Solo, dimana setakat ini dianggap sebagai penjaga gol terbaik kejohanan kali ini?

Dengan pemain-pemain yang lincah seperti Ohno, Miyama, Kozue Ando, Homare Sawa, Nagasato, Kawasumi dan lain-lainnya seperti yang ditunjukkan sebelum ini dengan semangat juang yang tinggi dan jatidiri yang teguh, tidak mustahil negara matahari terbit ini boleh menjulang Piala Dunia FIFA 2011.

Namun begitu, USA juga mengidam untuk dinobatkan sebagai juara yang tersisih sejak 1999 sudah tentu turun dengan tubuh badan yang sasa berbanding Jepun dengan antara pemainnya Cristiane, Marta, Fabiana, Rosana dan penjaga gawangnya Hope Solo.

Dengan ketinggian yang berbeza antara dua benua ini, sudah tentu jurulatih Jepun mempunyai strategi dan taktik yang mampu merobek benteng kethanan USA.

Sementara itu, penentuan tempat ketiga antara Peranchis dengan Sweden juga akan diadakan hujung minggu ini sebelum final dilangsungkan.


D' ARENA................ingin melihat kelincahan sang kerdil dari Asia....
Jul 14, 2011 | 0 comments | By: ikhwanzm

AMERIKA KE FINAL PIALA DUNIA WANITA 2011


JERMAN - Amerika berjaya menempah tiket ke final Kejohanan Bolasepak Piala Dunia Wanita FIFA apabila menundukkan Peranchis dengan 3-1 di sini tengah malam tadi (waktu Malaysia) dengan bergaya.

Kedua-dua pasukan memulakan serangan sebaik sahaja wisel permainan dibunyikan.
Amerika berjaya mendapat gol sulungnya diminit ke 9 menerusi pemainnya Chenney dan kedua-dua pasukan sering bertaliarus melancarkan serangan selepas itu,
walaupun Amerika dilihat lebih gagah dari Peranchis.

Peranchis mendapat beberapa peluang menjaringkan gol, tetapi terkena palang atau dapat
diselamatkan oleh Solo, penjaga gawang Amerika.

Kedudukan kekal berpihak pada Amerika 1-0 apabila permainan separuh masa pertama ditamatkan.

Peranchis dapat menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke 55 iaitu serangan demi serangan yang dilakukan sebaik babak separuh masa kedua bermula. Gol tersebut hasil sepakan Bompaster dari luar kota penalti sebelah kiri yang melambungkan bola tinggi
dan kelihatan seolah-olah di tanduk oleh Thiney, namun tidak kena lalu tidak dapat
dijangkau oleh Solo.

Seminit kemudian Peranchis hampir menjaringkan gol keduanya, namun penyudahan yang lemah menghampakan.

Amerika mendapat gol keduanya dari tandukan Wambach hasil dari satu tendangan sudut yang diambil oleh Cheney di minit ke 79 dan satu rembatan Morgan dari luar kotak penalti pada minit ke 82.



D' ARENA ...........ternyata Amerika begitu kebal bagi Peranchis....

JEPUN CABAR AMERIKA DI FINAL WANITA 2011


JERMAN - JEPUN satu-satunya pasukan dari benua Asia berjaya ke Final Kejohanan Bolasepak Piala Dunia Wanita FIFA 2011 buat kali pertama setelah berjaya menundukkan Sweden dengan 3-1 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir di sini awal pagi ini (waktu Malaysia).

Dengan ini Jepun dari benua Asia akan bertemu dengan Amerika juga kali pertama sejak 1999 dari benua tersebut di peringkat akhir nanti.

Jepun telah memperlihatkan permainan yang konsisten dari awal minit perlawanan dengan kerajinan mengejar bola dan mengawal pergerakan lawan.

Namun perbezaan fisikal pemain antara kedua pasukan, membolehkan Sweden mendapatkan gol pertamanya diminit ke 10 menerusi Josephine Oqvist. Jepun yang tidak luntur semangat
dengan gol awal Sweden itu terus mengasak dan hasil kombinasi dan persefahanan
para pemainnnya, Jepun berjaya mendapatkan gol penyamaan diminit ke 19
menerusi Kawa Sumi dan kedudukan itu kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Sebaik sahaja perlawanan babak kedua bermula, Jepun terus melancarkan serangan demi serangan dan akhirnya berjaya mendapatkan gol kedua diminit ke 60 menerusi Homare Sawa.

Malang terus menimpa Sweden bila Jepun meledak jaringan ketiganya diminit ke 64 menerusi Kawa Sumi dari luar kotak penalti.



D' ARENA...........melihat para pemain Jepun yang punya jatidiri yang kuat dalam mengharungi perlawanan itu,,,
perlawanan tersebut .....
Jul 13, 2011 | 0 comments | By: ikhwanzm

STADIUMS.......


  • Augsburg

    Augsburg

    The FIFA Women's World Cup Stadium in Augsburg was completely rebuilt exclusively for football between 2007 and 2009, celebrating its official ...
    Augsburg
  • Berlin

    Berlin

    The Berlin Olympiastadion has a long and illustrious history. First built in 1936, it was inaugurated with the start of the Olympic Games on 1 August ...
    Berlin
  • Bochum

    Bochum

    The FIFA Women's World Cup Stadium in Bochum was built in its current form between March 1976 and July 1979.
    Bochum
  • Dresden

    Dresden

    The new Rudolf Harbig Stadion in Dresden was completely rebuilt in 2009, replacing the structure which had previously stood there for over 100 years.
    Dresden
  • Frankfurt

    Frankfurt

    The FIFA Women's World Cup Stadium in Frankfurt will be the venue for the final of the tournament on 17 July 2011.
    Frankfurt/Main
  • Leverkusen

    Leverkusen

    Bayer Leverkusen's home stadium was originally built in 1956, but after the club was promoted to the Bundesliga, ever-increasing ...
    Leverkusen
  • Monchengladbach

    Monchengladbach

    The Borussia Park in Monchengladbach was opened on 30 July 2004. With a capacity of 45,867, the partially-roofed stadium is the third largest of the ...
    Moenchengladbach
  • Sinsheim

    Sinsheim

    Following 22 months of construction, the Rhein Neckar Arena in Sinsheim was opened amid much fanfare in January 2009.
    Sinsheim
  • Wolfsburg

    Wolfsburg

    The Arena Im Allerpark, Wolfsburg can accommodate up to 26,067 spectators. Built in 2002, the stadium cost around €53million to construct and ...
    Wolfsburg

WANITA JEPUN MENGGALAS CABARAN ASIA

Semi-finals : 13 July 2011

13 July 2011

France18:00United States
Referee: TBD – Stadium: Borussia Park, Monchengladbach (GER)
Japan20:45Sweden
Referee: TBD – Stadium: Commerzbank Arena, Frankfurt am Main (GER)
Last updated: 12/07/2011 12:02 CET




USA Women’s National Team FIFA Women's World Cup 2011
Wanita USA mara ke separuh akhir Piala Dunia 2011 bolasepak wanita setelah
berjaya menundukkan Brazil dengan 5-3 melalui sepakan penalti.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam perlawanan sepenuh masa.

Dengan itu wanita USA akan bertemu dengan Peranchis dalam perlawanan
separuh akhir hari ini.

Peranchis pula berjaya sampai ke peringkat separuh akhir setelah menundukkan England
dengan 4-3 juga menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan
terikat 1-1.


Japan Women's National Team FIFA 2011

Sementara itu, pasukan bolasepak wanita Jepun yang turut mara ke separuh akhir untuk bertemu Sweden
hari ini, melakar sejarahnya yang tersendiri bila berjaya menumbangkan Juara dua kli - Jerman dengan 1-0 di kejohanan bolasepak Wanita FIFA 2011 yang berlangsung di negara itu kelmarin.

Jepun satu-satunya pasukan bolasepak wanita Asia berjaya sampai ke tahap ini dalam menggalas cabaran asia di kejohanan tersebut.

Manakala Sweden pula sampai ke peringkat separuh akhir setelah menumpaskan Australia dengan 3-0.



D' ARENA..............menunggu perlawanan hari ini....