KEJOHANAN Badminton All England dan untuk menjuarainya adalah menjadi satu impian bagi setiap pemain badminton dunia. Kejohanan berprestij ini pernah dinamakan Kejohanan Badminton Dunia pada suatu ketika dahulu.
Malaysia adalah diantara negara-negara hebat yang senantiasa menghantar pemainnya menyertai kejohanan ini sejak tahun lima puluhan lagi.
Pemain-pemain kebanggaan negara di tahun-tahun lima puluhan yang menyertai kejohanan itu dan berjaya menjuarainya dua dan tiga kali ialah Wong Peng Soon dan Eddy Choong secara bergilir tahun dan berturut tahun.
Wong Peng Soon
Datuk Eddy Chong
Dalam tahun enam puluhan pula, cuma Tan Aik Huang berjaya mengukir namanya berdiri atas podium All England sebagai juara iaitu pada tahun 1966.
Tan Aik Huang (Left)
Selepas itu Malaysia gagal menjelmakan juara-juara baru di kejohanan tersebut walaupun kita ada pemain-pemain tidak kurang handalnya seperti James Selvaraj, Punch Gunalan, Abdul Rahman Mohammad dan beberapa yang lain.
Dalam kegagalan Malaysia menempa nama hingga ke tahun 2002, China dan Indonesia telah mendominasi Kejohanan All England perseorangan lelaki ini.
Antara tahun 2001 hingga 2011 ini.......sekurang-kurangnya ada dua pemain negara yang berjaya menjuarai All England. Mereka ialah Mohd Hafiz Hashim pada tahun 2003 dan Lee Chong Wei pada tahun 2010 dan 2011 yang baru berlangsung Mac lalu.
Berikut adalah pemain-pemain yang berjaya menjuarai All England bagi acara perseorangan lelaki antara tahun 2001 hingga 2011:-
1. LEE CHONG WEI........... (Malaysia) - 2011, 2010
2. Lin Dan ............................ (China) - 2009, 2007, 2006 dan 2004
3. Chen Jin............................ (China) - 2008
4. Chen Hong........................ (China) - 2005 dan 2002
5. MOHD HAFIZ HASHIM (Malaysia) - 2003
6. Pullela Gopichand............. (India) - 2001
Siapakah pula anak-anak Malaysia yang akan menjuarai All England selepas ini ? Dari sekaranglah generasi-generasi baru dalam bidang ini patut diketengahkan bagi mendapat seberapa banyak pendedahan untuk memantapkan permainan mereka.
Mohd Hafiz Hashim
Mereka wajar disuntik dengan semangat juang yang tinggi, daya saing yang hebat, daya tahan yang kental dan disiplin yang yang tinggi juga. Ini semua telah ditunjukkan oleh Lee Chong Wei dalam Kejohanan All England 2011 yang lalu.
Selepas kalah mudah dengan Lin Dan di Sukan Asia di China, Chong Wei telah berjaya memperkemaskan dirinya dengan corak permainan yang mantap dan ini semua berjaya dicapainya kerana tidak ada perasaan putus asa dalam dirinya.
Akhirnya, dia berjaya menundukkan Lin Dan di All England sebagaimana Lin Dan menewaskannya di Sukan Asia.
Adalah menjadi harapan kita akan lahir dari semasa ke semasa juara baru All England dari anak-anak muda Malaysia dimasa hadapan.
D' ARENA...........usaha yang gigih tetap ditagih dan ia pasti boleh......
0 comments:
Post a Comment