LIGA Perdana Inggeris (EPL) kini sedang menuju ke penghujungnya. Pasukan manakah yang akan menduduki takhta liga itu. Adakah Manchester United mampu meraih gelaran itu ataupun pasukan-pasukan yang sedang mengekori MU - Arsenal atau Manchester City atau Chelsea - yang masing-masing mempunyai kelebihan satu dan dua perlawanan?
Manchester United yang sudah bermain 30 perlawanan kini memungut 63 mata diikuti oleh Arsenal yang bermain 29 perlawanan memungut 58 mata iaitu ketinggalan 5 mata.
Turut memasang impian untuk menjuarai liga tersebut ialah Manchester City yang telah bermain 29 perlawanan dengan 53 mata dan Chelsea yang telah bermain 28 perlawanan dengan 51 mata.
Ketiga-tiga pasukan dibelakang MU ini pada peringkat awal liga telah menunjukkan kehebatan masing-masing dan pernah menduduki tangga diatas liga, tetapi permainan yang tidak konsisten menjadikan mereka kini dibelakang.
Arsenal yang beberapa kali mempunyai peluang untuk memintas kebelakangan ini juga kerap goyah dengan kekalahan dan seri sahaja. Bagaimanapun bola itu bulat dan sesiapa sahaja boleh dikalahkan.
Dalam perhitungan untuk menakhiri liga ini, adakah mana-mana pasukan yang mampu membuat kejutan untuk mengalahkan MU? Jika ini berlaku ke atas MU sekurang-kurangnya dua perlawanan dan yang lain pula mampu terus mencapai kemenangan, barulah penentuan saiapa bakal juara sudah mula boleh difikirkan.
Sabtu mendatang.......lapan perlawanan melibatkan 16 pasukan akan turun bersaing untuk mencapai kemenangan atau sebaliknya.
Mampukah West Ham membuat kejutan mengalahkan MU atau menerima kekalahan. Begitu juga pertemuan Stoke City dengan Chelsea, West Brom dengan Liverpool dan Arsenal bertemu Blackburn.
Para peminat kepada pasukan masing-masing tentunya mengharapkan penyudahan yang baik untuk melakar kemenangan dengan harapan dapat terus bersaing merebut takhta liga sebelum sampai ke penghujungnya.
0 comments:
Post a Comment