Mar 19, 2011 | | By: DeArena

AZIZULHASNI JUARA KEIRIN DUNIA 2011

Azizulhasni bangkit berkayuh biarpun betisnya ditusuk serpihan kayu velodrom yang tajam.

MOHD AZIZUL HASNI AWANG berjaya muncul Juara Keirin Piala Dunia di Manchester, London baru-baru ini walaupun dipusingan terakhir empat pusingan itu beliau terjatuh dan serpihan kayu tajam menusuk dan menembusi betis kirinya.

Pelumba negara itu telah terjatuh di atas trek perlumbaan setelah berlanggar bersama empat pelumba lain dalam kelajuan tinggi. Difahamkan serpihan kayu tajam itu datang daripada lantai velodrom yang diperbuat daripada kayu itu terkopek dan tertanggal.

Bagaimanapun, hanya Azizulhasni seorang yang cedera agak teruk akibat tusukan serpihan kayu tajam itu dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Empat pelumba lain yang turut terjatuh ialah Jason Niblett dari Australia, Kamil Kuczynski (Poland), Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol). Mereka hanya cedera ringan.

Walaupun acara keirin akhir pusingan keempat itu dimenangi oleh juara Olimpik, Chris Hoy dan diikuti oleh Niblett, namun Azizulhasni yang menduduki tempat ketiga keluar sebagai juara berdasarkan mata yang dipungutnya dalam tiga pusingan sebelum itu.

Acara keirin akhir pusingan keempat itu dimenangi juara Olimpik, Chris Hoy diikuti Niblett. Hanya dua pelumba itu berjaya menamatkan perlumbaan daripada enam pelumba yang layak ke peringkat akhir.

selain betisnya yang tertusuk kayu tajam, pahanyanya juga cedera


D' ARENA.........percaya semangat yang kuat pada Azizul mempercepatkan sembuhanya dan tentunya Azizul juga punya daya juang yang tinggi untuk mengalahkan Hoy selepas ini.........Moga anda sukses.....


0 comments:

Post a Comment