Mar 25, 2011 | | By: DeArena

CORAT CORET SUKAN TANAHAIR

WAN JAMAK SELEPAS INI


Kemanakah Wan Jamak akan pergi selepas melepaskan jawatannya sebagai jurulatih skuad Negeri Sembilan?

Semasa bersama Negeri Sembilan yang dikenali sebagai skuad Hoben Jang Hoben, Wan Jamak berjaya membawa pasukan negeri itu menjulang Piala Malaysia pada tahun 2009 setelah skuad negeri itu kemarau selama 61 tahun.

Pada tahun yang sama juga skuad NS berjaya menjuarai Piala FA. Namun musim ini prestasinya agak menurun dan sebagai orang yang bertanggongjawab, Wan Jamak meletakkan jawatannya. Tempatnya di NS kini disandang oleh Azraai Khor dari Kedah.

Apakah Wan Jamak akan balik ke Johor atau sedang mengintai peluang di Indonesia seperti yang pernah rakan-rakannya Abdul Rahman Ibrahim dan Irfan Bakti yang menimba pengalaman di sana?


D' ARENA.......... sebagai seorang bekas jurulatih kebangsaan D'ARENA percaya apa jua keputusan yang dibuat oleh beliau adalah yang terbaik baginya...........


PULANGKAH MISBUN?

Pemain Badminton No 1 Dunia, Datuk Lee Chong Wei masih berharap agar Datuk Misbun Sidek yang menjadi jurulatihnya selama ini kembali kepangkuan BAM bagi meneruskan tugasnya.

Entah dimana silapnya atau ada sesuatu yang terkilan di hati, Datuk Misbun telah melepaskan tanggongjawabnya sebagai jurulatih dan sehingga kini masih menyepikan diri.

Chong Wei yang pergi bertarung di All England tanpa Misbun telah berjaya mengekalkan kejuaraannya buat kali kedua dan lebih manis dapat menundukkan Lin Dan dari China. Kemenangan itu juga secara tidak langsung hadiah istimewa Chong Wei - bukan sahaja untuk negara Malaysia dan rakyatnya, tetapi sudah tentu paling bernilai buat Misbun.

D' ARENA.......Misbun mungkin telah meluahkan apa yang terkilan dihatinya hingga menyebabkan keputusan itu dibuat dan BAM mungkin tahu .................



NICOL DAVID HARUNGI CABARAN


Nicol David yang baru sahaja menjuarai Terbuka Skuasy Kuala Lumpur buat kali ketujuh akan mengharungi dua lagi cabaran sebelum pulang ke pangkalan latihan di Amsterdam.

Beliau akan memburu kejuaraan kedua bagi tahun ini di Terbuka Kepulauan Caymans dan menyertai Kejohanan Asia di Pulau Pinang bagi buruan seterusnya.

Pemain No 1 Dunia ini telah mendapat kembali sentuhan-sentuhan juaranya di Terbuka Kuala Lumpur bila menewaskan pemain Ireland, Madeline Perry dengan 11-6, 11-6 dan 11-2 selepas mengalami kekalahan ditangan Laura Massaro di final Klasik Cleveland pada akhir Januari lalu.

D' ARENA.........percaya dengan berbekalkan prestasi yang ada Nicol mampu mengharungi dua kejohanan tersebut.

0 comments:

Post a Comment