
National Indoor Arena (NIA) di Birmingham, England telah menjadi gelanggang bersejarah buat Lee Chong Wei dalam Kejohanan All England 2011 bila dengan bergaya dan kelasnya yang tersendiri menundukkan Lin Dan dari China pada 13 Mac, 2011.
Chong Wei yang turun untuk mempertahankan gelaran Juara All England yang digapainya tahun lalu selepas menewaskan pemain Jepun mengambil masa 52 minit untuk mempastikan Lin Dan tunduk kepadanya dengan 21-17 dan 21-17.
Bermula dari Kejohanan Terbuka Malaysia di Kuala Lumpur tidak lama dulu, Chong Wei telah memperlihatkan permainan yang lebih mantap dari segi pertahanan dan pengawalan bulu tangkis dan perubahan drastik persembahan Chong Wei itu tentunya dari hasil kekalahannya dengan Lin Dan di Sukan Asia di China.
Berbekalkan semangat juang dan daya saing yang tinggi, D' Arena percaya beliau telah memperbaiki segala kelemahannya dan jika Lin Dan menyertai Kejohanan Terbuka Malaysia tempoh hari, sudah tentu Lin Dan akan kecundang lebih awal.
Dengan menjuarai All England ini, kita percaya barulah kedudukan Chong Wei di ranking No 1 dunia lebih selesa dari dahulu. Inilah sebenarnya corak permainan dan semangat yang kita kehendaki ada pada setiap pemain. Tidak mudah mengaku kalah dan putus asa dengan kekalahan.
Kini sebagai pemain nombor satu dunia, Chong Wei memungut 90996.8 mata diikuti oleh Lin Dan dengan 76783.9 mata dan Taufik Hidayat dari Indonesia ditempat ketiga dengan 76392.0 mata.
Ditempat keempat hingga sepuluh ranking dunia yang dikeluarkan oleh BWF ialah Chen Long (China), Peter Gade (Denmark), Chen Jin (China), Ponsana Boonsak (Thailand), Nguyen Tie Minh (Vietnam), Du Pengyu (China) dan Jorgensen (Denmark).
D' ARENA.............bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh Chong Wei dan sepatutnya menjadi contoh kepada yang lain..........siapa pula pemain negara yang akan menjulang Piala All England selepas Chong Wei bersara kelak........?
0 comments:
Post a Comment